Selasa, 18 Mac 2008

Pulang ke kampung halaman

Hari ini aku pulang ke kampung halaman. Semalam aku sudah pun telefon gadis idaman aku yang ada di kampung. Oh... gadis idaman, buat masa itu tiada yang benar-benar istimewa. Aku di dalam jerat 4 gadis. Aku masih belum dapat memilih.

Dua menunggu ku di kampung. Aku pasti akan luangkan masa bersama mereka walaupun tujuan aku balik sebenarnya sebab aku rindu sangat pada keluarga.

4 gadis yang aku idam ini semuanya sudah berpunya. Apakah aku jahat? Tidak pada fikiranku. Aku tidak menyuruh mereka supaya memutuskan perhubungan. Aku kenal dan keluar dengan mereka dengan cara yang baik. Tiada paksaan bagi aku. Jika aku diletakkan di tempat bersalah, bagi aku itu tidak adil kerana masakan aku boleh keluar dengan mereka jika hanya aku yang inginkannya. Mereka juga pasti mempunyai pilihan untuk terus tidak keluar bersamaku.

Beg sudah aku kemas. Menanti sahabatku untuk menghantar ku ke stesen keretapi. Akan aku hargai masa ku di kampung halaman nanti.

Khamis, 6 Mac 2008

Kehilanganku...

Tersentuh..

Sejak berpisah dgn org yg aku kasihi..aku byk pelajari erti hidup yg amat bermakna dlm hidup aku..aku yakin..ada antara kamu yg merasai lebih dari apa yg aku fahami hari ini..tentang perasaan kasih yg tidak ternilai dgn kata2..tentang erti berkongsi tanpa mengira itu dan ini..tentang ketabahan menghadapi ujian setiap hari..tentang menerima setiap perkara yg berlaku ada maksud yg kita tidak ketahui sepenuhnya..(tentang..kekalahan meneruskan cinta yg disemai tanpa rasa jemu…)

Jangan takut…

Cinta masih ada utk kita…

Mungkin bukan hari ini..mungkin bukan tahun ini..walau bila pun masanya..cinta yg bakal hadir utk kita..akan lebih hebat dari yg itu…

Cekal..?setiap insan yg ingin bangkit semula akan menjadi lebih hebat daripada org2 yg tidak pernah merasai kepayahan..(betul x..?)jadi..jgn bimbang..,)

Apa yg akan jadi hari esok..?

Cubalah hidup tanpa gurauan dari dia..Cubalah menerima kesepian tanpa kehadiran dia..Cuba terima dia bkn milik kamu selama2 nya..Tekadkan dlm hati..kita mampu meneruskan hidup tanpa dia..Hidup ini perlukan kamu utk meneruskan perjalanannya..

Kamu perlu tabah demi hati kamu sendiri…cubalah........

Sepi..?

Aku mengerti..payahnya berpura2 senyum demi yg lain…apapun kamu sedar..masih ada jiwa yg lain perlu kamu jagai..jiwa yg mengambil berat tentang kamu..jgn gentar bila hati x tertanggung kehibaan yg dirasai..kita insan biasa..tiada apa yg perlu dimalukan jika menangisi apa yg terjadi..Cuma..jgn hilangkan siapa kamu yg sebenar…kesepian akan semakin pudar daripada membayangi diri kamu sedikit demi sedikit..

Cemburu..?tipu jika tiada rasa cemburu bila melihat pasangan yg lain…kenangan yg ada…semuanya seolah2 menghukum kita…kerana mencintai seseorang…(tidak…)itu bukan hukuman utk melemahkan..itulah kekuatan yg diberikan utk kita..kemanisan tidak akan kekal..namun rasanya tetap akan diingati..rasa itulah hadiah utk kita…hadiah yg membuktikan kita berani menjalinkan suatu perkara yg luarbiasa..(cinta..) tiada beza kamu dgn pasangan itu sahabatku…kita sama saja..kita bertemu...dan kita dipisahkan...aku yakin kamu faham maksud ku ini...ingat..
'kehilangan tidak akan kekal utk kita...namun kamu perlu tahu..bersama...tidak menentukan ia akan tetap disitu..'