Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mac 2008

Kehilanganku...

Tersentuh..

Sejak berpisah dgn org yg aku kasihi..aku byk pelajari erti hidup yg amat bermakna dlm hidup aku..aku yakin..ada antara kamu yg merasai lebih dari apa yg aku fahami hari ini..tentang perasaan kasih yg tidak ternilai dgn kata2..tentang erti berkongsi tanpa mengira itu dan ini..tentang ketabahan menghadapi ujian setiap hari..tentang menerima setiap perkara yg berlaku ada maksud yg kita tidak ketahui sepenuhnya..(tentang..kekalahan meneruskan cinta yg disemai tanpa rasa jemu…)

Jangan takut…

Cinta masih ada utk kita…

Mungkin bukan hari ini..mungkin bukan tahun ini..walau bila pun masanya..cinta yg bakal hadir utk kita..akan lebih hebat dari yg itu…

Cekal..?setiap insan yg ingin bangkit semula akan menjadi lebih hebat daripada org2 yg tidak pernah merasai kepayahan..(betul x..?)jadi..jgn bimbang..,)

Apa yg akan jadi hari esok..?

Cubalah hidup tanpa gurauan dari dia..Cubalah menerima kesepian tanpa kehadiran dia..Cuba terima dia bkn milik kamu selama2 nya..Tekadkan dlm hati..kita mampu meneruskan hidup tanpa dia..Hidup ini perlukan kamu utk meneruskan perjalanannya..

Kamu perlu tabah demi hati kamu sendiri…cubalah........

Sepi..?

Aku mengerti..payahnya berpura2 senyum demi yg lain…apapun kamu sedar..masih ada jiwa yg lain perlu kamu jagai..jiwa yg mengambil berat tentang kamu..jgn gentar bila hati x tertanggung kehibaan yg dirasai..kita insan biasa..tiada apa yg perlu dimalukan jika menangisi apa yg terjadi..Cuma..jgn hilangkan siapa kamu yg sebenar…kesepian akan semakin pudar daripada membayangi diri kamu sedikit demi sedikit..

Cemburu..?tipu jika tiada rasa cemburu bila melihat pasangan yg lain…kenangan yg ada…semuanya seolah2 menghukum kita…kerana mencintai seseorang…(tidak…)itu bukan hukuman utk melemahkan..itulah kekuatan yg diberikan utk kita..kemanisan tidak akan kekal..namun rasanya tetap akan diingati..rasa itulah hadiah utk kita…hadiah yg membuktikan kita berani menjalinkan suatu perkara yg luarbiasa..(cinta..) tiada beza kamu dgn pasangan itu sahabatku…kita sama saja..kita bertemu...dan kita dipisahkan...aku yakin kamu faham maksud ku ini...ingat..
'kehilangan tidak akan kekal utk kita...namun kamu perlu tahu..bersama...tidak menentukan ia akan tetap disitu..'

Isnin, 31 Disember 2007

Apa yang ku rasakan kini..

Ramai antara kita yg ingin disayangi..betul x??tapi soalnya..dgn siapa..?Ramai yg x sedar hati ini ingin dilayan lebih dari biasa.. Tiba2 je terasa ingin di belai dan dimanja..tiba2 mlm yg indah..dingin..rasa sunyi sampai minda terasa berat nak menerima hakikat apakah yg dialami ni..?hmm..kadang2..ruang yg selama ni dirasakan cantik,selesa,menceriakan....tiba2 terasa luas..kosong..x bernyawa dan x berseri spt biasa..?

Apa yg membuatkan hati ni rasa gusar..?Adakah apa yg aku rasakan ini sama seperti yg lain juga..?Apa yg perlu dilakukan..?Menyayangi..di sayangi..hai pening jgak bila difikirkan..Menyayangi dan disayangi dlm hidup ni..penting utk ketenteraman hati..(slain dari yg Esa kan..)adam perlu bertemu dgn hawa..hawa pulak menangis bila tiada adam disisi taw hehe..(lelaki dan wanita la..)

Ada yg menyayangi tapi sayang nya tak terbalas malah di biarkan terpendam kerana takut sayangnya di balas bukan seperti yg diinginkan..hmm..sedih kan klu mcm tu,p.Ada juga di antara kita yg menyayangi sesuatu yg tiada di depan mata..malah x mengenali pun siapa yg disayangi ni..hmm..gila ke dia kalau berfikiran mcm tu??huhuhu..bagi aku x..ehem..ada sebab mengapa..(rahsia,p) Bukan senang utk kita menyayangi dan disayangi oleh seseorang..

Bagi aku kan..

Demi mengejar kebahagiaan seperti tu..x perlu la mengubah siapa kita yg sbenar..dan aku rasa..Si dia pun x perlu berselindung tentang siapa dirinya yg sebenar ..hmm..tapi ramai antara kita yg mengubah segala2nya sampai leka dgn apa yg ada dihatinya..mcm kita berpura2 baik dgn majikan kita huhu sebab takut dilupakan kewujudan kita didalam syarikat tu..kira membodek demi kebaikkan la..heh.perlu jgak dlm hidup ni..lagipun hidup kita skrg ni penuh dgn kepalsuan btul x?hehehe..,p ok sambung cerita kita k..bila da jadi mcm tu..Kita menjadi yg lain..jauh dgn diri sendiri..rasa asing dgn sikap dan pendirian yg telah lama di bina spjg hidup ini..

Sekarang..bahagiake kita bila merasa kosong dgn diri sendiri?Walaupun kita dpt apa yg kita kehendaki..tapi bahagiake menipu diri sendiri?Kenapa jadi mcm tu...?kenapa perlu hipokrit dgn hati ni...?Bahagia ke dia jika aku x pernah buat dia menangis..setia ke dia jika aku x pernah buat dia marah..sayangke dia sekiranya aku kemaskan tempat tidurnya setiap hari..menyediakan mkn dan minumnya mengikut waktu..Mengingatkan dia utk melakukan kebaikkan selalu..Ingatke dia..terpahat ke aku di dlm dirinya..?Kasihke dia jika aku gigih bekerja siang dan malam demi mendptkan pendapatan yg baik utk hidup yg lebih selesa..?Berbaloike aku menjadi kekasih yg tiada kekurangan..menjadi sesempurna yg mungkin demi membahagiakan
dirinya..Bermaknakah ak u didalam hidupnya..?Segala-galanya cukup..aku rasa dia cukup sempurna utk aku..yeke..?

Keluhan..tangisan..yg didalam ni mcm mana?
Apa yg ada di hati ni..dgr x die cuba melepaskan diri dari semua kepalsuan..keegoan..?demi disayangi kita lupa dgn siapa yg dicintai oleh nya nanti..diri kita atau kepura-puraan kita..dengan siapa agaknya..?siapa yg menang..jasad atau bayang..?Kita x perlu menjadi sempurna setiap masa..jika pasangan kita inginkan kesempurnaan..bisikkan pd dia..heh x penat ke??x takut..?siapa yg akan hati ini kasihi..diri kamu atau keegoaan yg ada dlm diri kamu..heheh berani ke mengatakan sejujurnya dgn si dia..?yeke berani..,p

Kenapa perlu takut...siapa yg tahu apa yg bakal terjadi esok..jika dia mengasihi atau mencintai setulus hatinya..dia xkan takut menerima keburukkan yg ada pada diri kita..Sama ke fikiran lelaki dan juga wanita..?aku x tau bagaimana utk menilai tapi aku fhm..naluri wanita lebih menjiwai tentang suatu
keadaan..pandangannya pendek namun memberi inspirasi melalui ketulusannya..hanya emosi permainan utama bagi kaun hawa ni..x semua wanita berani menyatakan apa yg ada di dlm hati..nak tau kena tanya sendiri..antara mahu dan enggan je..

Mungkin dia kelihatan membosankan..penyibuk..sentiasa tersenyum dari pagi hingga mlm,kelihatan tabah selalu..gedik..(ohoho..)biar apapun yg dilihat...namun apa yg tersirat dihatinya..hmm sukar diketahui..Rahsia hati seorang wanita amat dlm bagaikan kapal yg karam dilautan pasifik tau..lain yg kita nampak lain yg dia fikir...satu yg kita beri..seribu yg bermain difikirannya..heheh..gunakanla akal..utk memikirkan kenapa dia mcm tu..?Hanya utk disayangi dan menyayangi...dia jadi lain dari jiwanya..bila diri inginkan kesempurnaan..hmm..jelas dan nyata kecacatannya..namun jika dia tahu..yg dia x perlu jadi seseorang yg lain..dia x perlu berpura2 tabah jika dirinya terasa amat lemah..x perlu menjadi gagah bila diri terasa gugup...apa yg akan jadi..?apa yg akan kita rasai..?huhuhu x salah jujur ngan diri sendiri..apa yg akan terjadi..itu bukan kelebihan kita utk mengetahuinya..cuba selagi terdaya..mungkin itu lebih baik..

Biarla bahagia yg sekejap asalkan bermakna daripada..bahagia yg berlanjutan namun kita lupa apa yg menjadikannya bahagia..betul x..?

Isnin, 24 Disember 2007

Cinta Sejati

Cinta sejati amat sukar untuk dimiliki. Amat sukar juga untuk dipastikan yang mana satu cinta sejati. Adakah cinta yang kita miliki ketika ini adalah cinta sejati? Atau mungkin kita akan memilikinya satu hari nanti?

Segala persoalan akan terjawab jika kita tahu ciri-ciri cinta sejati tetapi apakah ciri-ciri tersebut? Adakah pasangan yang tinggal berdekatan, kerap bertemu dan mempunyai citarasa yang sama adalah ciri-ciri cinta sejati? Jika begitu bagaimana dengan pasangan yang tinggal berjauhan, jarang bertemu dan citarasa yang berbeza? Adakah cinta mereka tidak sejati?

- Jika pasangan yang tinggal berdekatan kerap bertengkar, adakah cinta mereka sejati?
Dan adakah pasangan yang kerap bertengkar, cinta mereka tidak sejati?
- Jika pasangan yang kerap bertemu tetapi mereka kurang mesra, adakah cinta mereka
sejati? Dan adakah pasangan yang kurang mesra, cinta mereka tidak sejati?
- Jika pasangan yang mempunyai citarasa yang sama kurang mengambil berat sesama mereka,
adakah cinta mereka sejati? Dan adakah pasangan yang kurang mengambil berat, cinta mereka tidak
sejati?

Semua orang mempunyai persepsi tersendiri tentang cinta sejati dan semua persepsi tersebut adalah benar tentang cinta sejati kerana cinta sejati berbeza bagi setiap pasangan.

Teruskan membina cinta sejati mengikut persepsi kamu sendiri dan pedulikan kata orang lain kerana sejati atau tidak cinta seseorang itu terletak dalam dirinya sendiri dan tiada kayu pengukur yang dapat mengukur betapa sejatinya cinta seseorang atau pasangan tersebut.

Sabtu, 22 Disember 2007

Kamu Telah Jatuh Cinta

Ramai antara kita di luar sana yang sedang dilamun cinta tetapi masih menafikannya. Mungkin ada diantaranya tidak pasti adakah mereka sedang dilamun cinta dan mungkin ada di antaranya tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sedang dilamun cinta atau mereka sedang ingin bercinta.

Ketahuilah kamu bila kamu bersama dengan seseorang tapi kamu pura-pura mengabaikan 'dia' tapi bila 'dia' tiada di sekitar, kamu pula tercari-cari dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Walaupun ketika itu rakan kamu yang berada di sekitar kamu sedang bercerita dan melawak, tetapi mata kamu dan perhatian kamu tetap pada 'dia' dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Walaupun si 'dia' harus memberitahu kamu bahawa dia sudah selamat sampai di rumahnya tetapi telefon kamu masih tetap tidak berbunyi. Kamu menjadi risau dah terus menunggu panggilan darinya dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Jika kamu teruja dengan hanya sebaris SMS daripada si 'dia' sedangkan rakan-rakan kamu yang lain juga mengirimkan SMS, kamu telah jatuh cinta.

Jika kamu sanggup memadam SMS dari rakan kamu hanya kerana tiada ruang untuk menyimpan SMS dari 'dia', kamu telah jatuh cinta.

Kamu menganggap si 'dia' hanyalah rakan biasa sedangkan kamu tidak dapat mengelak dan menolak tarikan daripada si 'dia' dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Ketika kamu sedang membaca page ini dan kamu terbayangkan seseorang, ketahuilah oleh kamu bahawa KAMU TELAH JATUH CINTA.

Jadi mengapa harus dinafikan perasaan cinta itu kalau ia hadir? Raikannya kerana cinta itu memang indah