Memaparkan catatan dengan label Kisah aku dan dia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah aku dan dia. Papar semua catatan

Selasa, 18 Mac 2008

Pulang ke kampung halaman

Hari ini aku pulang ke kampung halaman. Semalam aku sudah pun telefon gadis idaman aku yang ada di kampung. Oh... gadis idaman, buat masa itu tiada yang benar-benar istimewa. Aku di dalam jerat 4 gadis. Aku masih belum dapat memilih.

Dua menunggu ku di kampung. Aku pasti akan luangkan masa bersama mereka walaupun tujuan aku balik sebenarnya sebab aku rindu sangat pada keluarga.

4 gadis yang aku idam ini semuanya sudah berpunya. Apakah aku jahat? Tidak pada fikiranku. Aku tidak menyuruh mereka supaya memutuskan perhubungan. Aku kenal dan keluar dengan mereka dengan cara yang baik. Tiada paksaan bagi aku. Jika aku diletakkan di tempat bersalah, bagi aku itu tidak adil kerana masakan aku boleh keluar dengan mereka jika hanya aku yang inginkannya. Mereka juga pasti mempunyai pilihan untuk terus tidak keluar bersamaku.

Beg sudah aku kemas. Menanti sahabatku untuk menghantar ku ke stesen keretapi. Akan aku hargai masa ku di kampung halaman nanti.