Sabtu, 22 Disember 2007

Kamu Telah Jatuh Cinta

Ramai antara kita di luar sana yang sedang dilamun cinta tetapi masih menafikannya. Mungkin ada diantaranya tidak pasti adakah mereka sedang dilamun cinta dan mungkin ada di antaranya tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sedang dilamun cinta atau mereka sedang ingin bercinta.

Ketahuilah kamu bila kamu bersama dengan seseorang tapi kamu pura-pura mengabaikan 'dia' tapi bila 'dia' tiada di sekitar, kamu pula tercari-cari dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Walaupun ketika itu rakan kamu yang berada di sekitar kamu sedang bercerita dan melawak, tetapi mata kamu dan perhatian kamu tetap pada 'dia' dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Walaupun si 'dia' harus memberitahu kamu bahawa dia sudah selamat sampai di rumahnya tetapi telefon kamu masih tetap tidak berbunyi. Kamu menjadi risau dah terus menunggu panggilan darinya dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Jika kamu teruja dengan hanya sebaris SMS daripada si 'dia' sedangkan rakan-rakan kamu yang lain juga mengirimkan SMS, kamu telah jatuh cinta.

Jika kamu sanggup memadam SMS dari rakan kamu hanya kerana tiada ruang untuk menyimpan SMS dari 'dia', kamu telah jatuh cinta.

Kamu menganggap si 'dia' hanyalah rakan biasa sedangkan kamu tidak dapat mengelak dan menolak tarikan daripada si 'dia' dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Ketika kamu sedang membaca page ini dan kamu terbayangkan seseorang, ketahuilah oleh kamu bahawa KAMU TELAH JATUH CINTA.

Jadi mengapa harus dinafikan perasaan cinta itu kalau ia hadir? Raikannya kerana cinta itu memang indah


Tiada ulasan: