Isnin, 24 Disember 2007

Cinta Sejati

Cinta sejati amat sukar untuk dimiliki. Amat sukar juga untuk dipastikan yang mana satu cinta sejati. Adakah cinta yang kita miliki ketika ini adalah cinta sejati? Atau mungkin kita akan memilikinya satu hari nanti?

Segala persoalan akan terjawab jika kita tahu ciri-ciri cinta sejati tetapi apakah ciri-ciri tersebut? Adakah pasangan yang tinggal berdekatan, kerap bertemu dan mempunyai citarasa yang sama adalah ciri-ciri cinta sejati? Jika begitu bagaimana dengan pasangan yang tinggal berjauhan, jarang bertemu dan citarasa yang berbeza? Adakah cinta mereka tidak sejati?

- Jika pasangan yang tinggal berdekatan kerap bertengkar, adakah cinta mereka sejati?
Dan adakah pasangan yang kerap bertengkar, cinta mereka tidak sejati?
- Jika pasangan yang kerap bertemu tetapi mereka kurang mesra, adakah cinta mereka
sejati? Dan adakah pasangan yang kurang mesra, cinta mereka tidak sejati?
- Jika pasangan yang mempunyai citarasa yang sama kurang mengambil berat sesama mereka,
adakah cinta mereka sejati? Dan adakah pasangan yang kurang mengambil berat, cinta mereka tidak
sejati?

Semua orang mempunyai persepsi tersendiri tentang cinta sejati dan semua persepsi tersebut adalah benar tentang cinta sejati kerana cinta sejati berbeza bagi setiap pasangan.

Teruskan membina cinta sejati mengikut persepsi kamu sendiri dan pedulikan kata orang lain kerana sejati atau tidak cinta seseorang itu terletak dalam dirinya sendiri dan tiada kayu pengukur yang dapat mengukur betapa sejatinya cinta seseorang atau pasangan tersebut.

Tiada ulasan: