Isnin, 31 Disember 2007

Apa yang ku rasakan kini..

Ramai antara kita yg ingin disayangi..betul x??tapi soalnya..dgn siapa..?Ramai yg x sedar hati ini ingin dilayan lebih dari biasa.. Tiba2 je terasa ingin di belai dan dimanja..tiba2 mlm yg indah..dingin..rasa sunyi sampai minda terasa berat nak menerima hakikat apakah yg dialami ni..?hmm..kadang2..ruang yg selama ni dirasakan cantik,selesa,menceriakan....tiba2 terasa luas..kosong..x bernyawa dan x berseri spt biasa..?

Apa yg membuatkan hati ni rasa gusar..?Adakah apa yg aku rasakan ini sama seperti yg lain juga..?Apa yg perlu dilakukan..?Menyayangi..di sayangi..hai pening jgak bila difikirkan..Menyayangi dan disayangi dlm hidup ni..penting utk ketenteraman hati..(slain dari yg Esa kan..)adam perlu bertemu dgn hawa..hawa pulak menangis bila tiada adam disisi taw hehe..(lelaki dan wanita la..)

Ada yg menyayangi tapi sayang nya tak terbalas malah di biarkan terpendam kerana takut sayangnya di balas bukan seperti yg diinginkan..hmm..sedih kan klu mcm tu,p.Ada juga di antara kita yg menyayangi sesuatu yg tiada di depan mata..malah x mengenali pun siapa yg disayangi ni..hmm..gila ke dia kalau berfikiran mcm tu??huhuhu..bagi aku x..ehem..ada sebab mengapa..(rahsia,p) Bukan senang utk kita menyayangi dan disayangi oleh seseorang..

Bagi aku kan..

Demi mengejar kebahagiaan seperti tu..x perlu la mengubah siapa kita yg sbenar..dan aku rasa..Si dia pun x perlu berselindung tentang siapa dirinya yg sebenar ..hmm..tapi ramai antara kita yg mengubah segala2nya sampai leka dgn apa yg ada dihatinya..mcm kita berpura2 baik dgn majikan kita huhu sebab takut dilupakan kewujudan kita didalam syarikat tu..kira membodek demi kebaikkan la..heh.perlu jgak dlm hidup ni..lagipun hidup kita skrg ni penuh dgn kepalsuan btul x?hehehe..,p ok sambung cerita kita k..bila da jadi mcm tu..Kita menjadi yg lain..jauh dgn diri sendiri..rasa asing dgn sikap dan pendirian yg telah lama di bina spjg hidup ini..

Sekarang..bahagiake kita bila merasa kosong dgn diri sendiri?Walaupun kita dpt apa yg kita kehendaki..tapi bahagiake menipu diri sendiri?Kenapa jadi mcm tu...?kenapa perlu hipokrit dgn hati ni...?Bahagia ke dia jika aku x pernah buat dia menangis..setia ke dia jika aku x pernah buat dia marah..sayangke dia sekiranya aku kemaskan tempat tidurnya setiap hari..menyediakan mkn dan minumnya mengikut waktu..Mengingatkan dia utk melakukan kebaikkan selalu..Ingatke dia..terpahat ke aku di dlm dirinya..?Kasihke dia jika aku gigih bekerja siang dan malam demi mendptkan pendapatan yg baik utk hidup yg lebih selesa..?Berbaloike aku menjadi kekasih yg tiada kekurangan..menjadi sesempurna yg mungkin demi membahagiakan
dirinya..Bermaknakah ak u didalam hidupnya..?Segala-galanya cukup..aku rasa dia cukup sempurna utk aku..yeke..?

Keluhan..tangisan..yg didalam ni mcm mana?
Apa yg ada di hati ni..dgr x die cuba melepaskan diri dari semua kepalsuan..keegoan..?demi disayangi kita lupa dgn siapa yg dicintai oleh nya nanti..diri kita atau kepura-puraan kita..dengan siapa agaknya..?siapa yg menang..jasad atau bayang..?Kita x perlu menjadi sempurna setiap masa..jika pasangan kita inginkan kesempurnaan..bisikkan pd dia..heh x penat ke??x takut..?siapa yg akan hati ini kasihi..diri kamu atau keegoaan yg ada dlm diri kamu..heheh berani ke mengatakan sejujurnya dgn si dia..?yeke berani..,p

Kenapa perlu takut...siapa yg tahu apa yg bakal terjadi esok..jika dia mengasihi atau mencintai setulus hatinya..dia xkan takut menerima keburukkan yg ada pada diri kita..Sama ke fikiran lelaki dan juga wanita..?aku x tau bagaimana utk menilai tapi aku fhm..naluri wanita lebih menjiwai tentang suatu
keadaan..pandangannya pendek namun memberi inspirasi melalui ketulusannya..hanya emosi permainan utama bagi kaun hawa ni..x semua wanita berani menyatakan apa yg ada di dlm hati..nak tau kena tanya sendiri..antara mahu dan enggan je..

Mungkin dia kelihatan membosankan..penyibuk..sentiasa tersenyum dari pagi hingga mlm,kelihatan tabah selalu..gedik..(ohoho..)biar apapun yg dilihat...namun apa yg tersirat dihatinya..hmm sukar diketahui..Rahsia hati seorang wanita amat dlm bagaikan kapal yg karam dilautan pasifik tau..lain yg kita nampak lain yg dia fikir...satu yg kita beri..seribu yg bermain difikirannya..heheh..gunakanla akal..utk memikirkan kenapa dia mcm tu..?Hanya utk disayangi dan menyayangi...dia jadi lain dari jiwanya..bila diri inginkan kesempurnaan..hmm..jelas dan nyata kecacatannya..namun jika dia tahu..yg dia x perlu jadi seseorang yg lain..dia x perlu berpura2 tabah jika dirinya terasa amat lemah..x perlu menjadi gagah bila diri terasa gugup...apa yg akan jadi..?apa yg akan kita rasai..?huhuhu x salah jujur ngan diri sendiri..apa yg akan terjadi..itu bukan kelebihan kita utk mengetahuinya..cuba selagi terdaya..mungkin itu lebih baik..

Biarla bahagia yg sekejap asalkan bermakna daripada..bahagia yg berlanjutan namun kita lupa apa yg menjadikannya bahagia..betul x..?

Sabtu, 29 Disember 2007

12 tanda kamu telah jatuh cinta

  1. Kamu membaca SMS si dia berkali-kali.
  2. Kamu berjalan dengan sangat perlahan ketika keluar dengan si dia.
  3. Kamu mula berasa malu ketika bertentang mata dengan si dia.
  4. Jantung kamu berdenyut dengan laju sekali apabila sedang memikirkan tentang dia.
  5. Kamu mula tersenyum sendirian terutama apabila sedang mendengar si dia bercakap.
  6. Kamu seakan-akan tidak perasan ada orang di sekeliling kamu kerana asyik memandang si dia.
  7. Kamu sudah mula mendengar lagu-lagu cinta yg berentak perlahan dan romantik.
  8. Dia sering berada dalam fikiran kamu walaupun kamu sedang memikirkan perkara lain.
  9. Kamu menjadi semakin tidak keruan apabila tercium bau wangian badannya.
  10. Kamu selalu tersenyum sendirian ketika memikirkan tentang si dia.
  11. Kamu sanggup melakukan apa sahaja demi si dia.
  12. KETIKA MEMBACA TIPS INI, HANYA ADA SEORANG SAHAJA YG SEDANG BERMAIN DI FIKIRAN KAMU IAITU SI DIA IDAMANMU ITU..!

Selasa, 25 Disember 2007

Cinta bagi Rembulan

Apa yg aku faham tentang cinta..??hai..'ntahla..' hmm..itu je yg mampu aku jwb pada org yg bertanya
haha..maafkan aku ye..sememangnya aku sendiri pun masih kekok bila disoal tentang cinta ni..
Meskipun aku pernah bersama seseorang yg aku kasihi..tapi sampai skrg aku masih x mengerti apa itu sayang..kasih..rindu..hmm..apatah lagi cinta..

Ini pandangan dari hati dan pandangan otakku tentang cinta..
(apa yg aku fhm..hehehe)

@si dia x perlu ada persamaan dgn kita yg penting serasi..

@si dia x perlu membandingkan kelebihan org lain dgn dirinya..yg penting menghargai..

@dia x pernah takut utk berduka bila bersama..sebab dia percaya..

@walaupun bertengkar atau menyakitkan hati..dia mesti tahu bagaimana untuk memujuk..

@setiap kali dia rasa bersalah..dia sentiasa tahu bagaimana utk memohon maaf..

@bila rindu..aku x reti bagaimana utk katakannya..namun dia tahu bahawa aku rindukan dia..

@antara aku dan dia..saling kekurangan dan saling melengkapi..

@x takut bersuara utk menyatakan apa yg benar..dan apa yg salah..

@x gentar utk berpisah walau seketika pun..sb..dlm hati ni.. dia percaya yg pertemuan aku dgn dia sgt

istimewa..lagipun kalau da jodoh xkan kemana kan..?

betul..kalau da jodoh xkan kemana..lambat atau cepat..itu semua ketentuanNya..
erm bila da bertemu dgn seseorang yg kita rasa istimewa dlm hidup ni..jgn pula takut utk bercinta atau disakiti plak...
sebab...apa yg kite temui..itu semua utk menguji dan membentuk siapa kita di masa akan dtg nanti..
Bila kita bersabar dan redha dgn dugaan yg mendatang...percayalah..kita akan lebih jelas dgn warna yg ada dlm kehidupan di dunia ni.. Waktu tu..kita akan sedar..mimpi x selamanya indah..yg buruk itu la yg sebenarnya mengajar kita erti kehidupan..
Macam sebuah kertas yg kosong..kita akan rasa bosan bila x diwarnai dgn warna2 yg gelap,garang atau lembut..biasanya imej yg memukau sentiasa menggabungkan warna2 yg lembut dgn warna yg garang atau pun gelap..
Disaat2 kita menjalani keriangan dan kesenangan hati..kita akan lebih teguh jika merasai kepayahan..kesakitan..kekecewaan..dan kehibaan...waktu tu kita akan rasa lebih yakin..dan bersemangat utk memperbaiki apa yg lemah..apa yg aku fhm tentang cinta..?bagi aku..suatu yg luarbiasa x mampu dijelaskan dan sukar difahami..terjadi dlm hidup kita berkali-kali..tapi hanya satu yg pasti..hmm ntahla.. apa yg aku fhm tentang cinta..?erm..kamu fhmke..?huhuhu,D

Isnin, 24 Disember 2007

Cinta Sejati

Cinta sejati amat sukar untuk dimiliki. Amat sukar juga untuk dipastikan yang mana satu cinta sejati. Adakah cinta yang kita miliki ketika ini adalah cinta sejati? Atau mungkin kita akan memilikinya satu hari nanti?

Segala persoalan akan terjawab jika kita tahu ciri-ciri cinta sejati tetapi apakah ciri-ciri tersebut? Adakah pasangan yang tinggal berdekatan, kerap bertemu dan mempunyai citarasa yang sama adalah ciri-ciri cinta sejati? Jika begitu bagaimana dengan pasangan yang tinggal berjauhan, jarang bertemu dan citarasa yang berbeza? Adakah cinta mereka tidak sejati?

- Jika pasangan yang tinggal berdekatan kerap bertengkar, adakah cinta mereka sejati?
Dan adakah pasangan yang kerap bertengkar, cinta mereka tidak sejati?
- Jika pasangan yang kerap bertemu tetapi mereka kurang mesra, adakah cinta mereka
sejati? Dan adakah pasangan yang kurang mesra, cinta mereka tidak sejati?
- Jika pasangan yang mempunyai citarasa yang sama kurang mengambil berat sesama mereka,
adakah cinta mereka sejati? Dan adakah pasangan yang kurang mengambil berat, cinta mereka tidak
sejati?

Semua orang mempunyai persepsi tersendiri tentang cinta sejati dan semua persepsi tersebut adalah benar tentang cinta sejati kerana cinta sejati berbeza bagi setiap pasangan.

Teruskan membina cinta sejati mengikut persepsi kamu sendiri dan pedulikan kata orang lain kerana sejati atau tidak cinta seseorang itu terletak dalam dirinya sendiri dan tiada kayu pengukur yang dapat mengukur betapa sejatinya cinta seseorang atau pasangan tersebut.

Sabtu, 22 Disember 2007

Kamu Telah Jatuh Cinta

Ramai antara kita di luar sana yang sedang dilamun cinta tetapi masih menafikannya. Mungkin ada diantaranya tidak pasti adakah mereka sedang dilamun cinta dan mungkin ada di antaranya tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sedang dilamun cinta atau mereka sedang ingin bercinta.

Ketahuilah kamu bila kamu bersama dengan seseorang tapi kamu pura-pura mengabaikan 'dia' tapi bila 'dia' tiada di sekitar, kamu pula tercari-cari dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Walaupun ketika itu rakan kamu yang berada di sekitar kamu sedang bercerita dan melawak, tetapi mata kamu dan perhatian kamu tetap pada 'dia' dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Walaupun si 'dia' harus memberitahu kamu bahawa dia sudah selamat sampai di rumahnya tetapi telefon kamu masih tetap tidak berbunyi. Kamu menjadi risau dah terus menunggu panggilan darinya dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Jika kamu teruja dengan hanya sebaris SMS daripada si 'dia' sedangkan rakan-rakan kamu yang lain juga mengirimkan SMS, kamu telah jatuh cinta.

Jika kamu sanggup memadam SMS dari rakan kamu hanya kerana tiada ruang untuk menyimpan SMS dari 'dia', kamu telah jatuh cinta.

Kamu menganggap si 'dia' hanyalah rakan biasa sedangkan kamu tidak dapat mengelak dan menolak tarikan daripada si 'dia' dan ketika itu kamu telah jatuh cinta.

Ketika kamu sedang membaca page ini dan kamu terbayangkan seseorang, ketahuilah oleh kamu bahawa KAMU TELAH JATUH CINTA.

Jadi mengapa harus dinafikan perasaan cinta itu kalau ia hadir? Raikannya kerana cinta itu memang indah


Jumaat, 21 Disember 2007

Cinta pandang pertama

Saye percaya kepada cinta pandang pertama. Sebab cinta itu hadir melalui feeling. Ia seakan-akan magic. Bile korang tengok orang yang korang suke, tibe-tibe feeling tu hadir tanpa korang paksa atau suruh. Feeling itu ikhlas dan satu benda yang kite tak boleh nak tipu.

Saye pernah bercinta dengan orang yang saya hanya suka biasa-biasa dan konon-konon saye cube hadirkan perasaan cinta tu kemudiannya. Tapi tak menjadi sebab cinta ni die kena ade feeling, tak boleh nak dibuat-buat. Itu pendapat saya.

Cinta tu juga kena gamble. Ada orang kate lebih elok kalau berkawan dulu untuk kenal bakal pasangan kite. Tapi lumrah manusia ni mase bercinta la baru pe'el sebenar tu keluar. Jadi bagi saya, cinta ni gamble saje. Jadi atau tak menjadi cinta itu perkara kedua. Sebab ada juga orang yang boleh berubah bile dah bercinta. Jadi saya lebih suke hadirkan peluang untuk bercinta bile saya dah suke sangat dengan seseorang.

Putus cinta...

Putus cinta? Banyak orang pasrah bile putus cinta... Tetapi sebaliknya, putus cinta ni satu pengalaman yang berharga yang mengajar kite erti dan nilai dalam percintaan.

Cinta itu penyatuan dua hati. Bile putus cinta sudah tentu tiada kesefahaman dalam mencapai erti bercinta. Tapi kalau bersatu kembali, pasti suasana lebih menarik dan lebih dihargai oleh pasangan bercinta.

Pengalaman putus cinta itu juga asam garam kehidupan. Satu pembelajaran yang tidak ternilai ertinya. Ia sangat menarik kalau kite sendiri belajar untuk menghargai percintaan kita.

Cinta itu perlu bersatu. Tanpa sebelah pihak, tiadalah manisnya bile bercinta. Putus cinta itu juga perlu jika itulah yang terbaik dan pastinya akan hadir pasangan baru yang lebih menghargai serta memahami kita.

Kuasa Cinta

Kuasa cinta itu kuat, hebat dan boleh buat ape saje. Tanye lah diri korang semua, apa yang korang mampu buat demi cinta? Macam-macam... takde duit pun korang boleh adekan (pinjam kawan pun jadilah), takde kereta pun boleh sewa, nak dating tepakse bejalan beratus kilometer pun takde hal...

Itulah kehebatan kuasa cinta. Bila korang boleh didik ke arah yang lebih baik, sebagai booster, mesti korang mampu buat benda yang tak biase korang buat setiap hari.

Lahirnya kuasa cinta sebab adanya pengorbanan. Tapi kite slalu dengar pengorbanan ni satu bende yg tak best atau terpakse buat. Tak ikhlas. Akhirnye siape yang rugi? Kita juga yang rugi... sebab kite asyik ungkit benda yang kite korbankan.

Cube kalau kite berkorban dengan ikhlas kerana cinta. Mesti takde masalahkan? Lagipun itulah yang sebenar di hati kite. Sebab walaupun secare terpaksa tapi di sebaliknya ada kesanggupan untuk berkorban sebagai bukti cinta kita. Tambahkan dengan keikhlasan, pasti lagi ada umpphh!