Hari ini aku pulang ke kampung halaman. Semalam aku sudah pun telefon gadis idaman aku yang ada di kampung. Oh... gadis idaman, buat masa itu tiada yang benar-benar istimewa. Aku di dalam jerat 4 gadis. Aku masih belum dapat memilih.
Dua menunggu ku di kampung. Aku pasti akan luangkan masa bersama mereka walaupun tujuan aku balik sebenarnya sebab aku rindu sangat pada keluarga.
4 gadis yang aku idam ini semuanya sudah berpunya. Apakah aku jahat? Tidak pada fikiranku. Aku tidak menyuruh mereka supaya memutuskan perhubungan. Aku kenal dan keluar dengan mereka dengan cara yang baik. Tiada paksaan bagi aku. Jika aku diletakkan di tempat bersalah, bagi aku itu tidak adil kerana masakan aku boleh keluar dengan mereka jika hanya aku yang inginkannya. Mereka juga pasti mempunyai pilihan untuk terus tidak keluar bersamaku.
Beg sudah aku kemas. Menanti sahabatku untuk menghantar ku ke stesen keretapi. Akan aku hargai masa ku di kampung halaman nanti.
Selasa, 18 Mac 2008
Pulang ke kampung halaman
Khamis, 6 Mac 2008
Kehilanganku...
Sejak berpisah dgn org yg aku kasihi..aku byk pelajari erti hidup yg amat bermakna dlm hidup aku..aku yakin..ada antara kamu yg merasai lebih dari apa yg aku fahami hari ini..tentang perasaan kasih yg tidak ternilai dgn kata2..tentang erti berkongsi tanpa mengira itu dan ini..tentang ketabahan menghadapi ujian setiap hari..tentang menerima setiap perkara yg berlaku ada maksud yg kita tidak ketahui sepenuhnya..(tentang..kekalahan meneruskan cinta yg disemai tanpa rasa jemu…)
Jangan takut…
Cinta masih ada utk kita…
Mungkin bukan hari ini..mungkin bukan tahun ini..walau bila pun masanya..cinta yg bakal hadir utk kita..akan lebih hebat dari yg itu…
Cekal..?setiap insan yg ingin bangkit semula akan menjadi lebih hebat daripada org2 yg tidak pernah merasai kepayahan..(betul x..?)jadi..jgn bimbang..,)
Apa yg akan jadi hari esok..?
Cubalah hidup tanpa gurauan dari dia..Cubalah menerima kesepian tanpa kehadiran dia..Cuba terima dia bkn milik kamu selama2 nya..Tekadkan dlm hati..kita mampu meneruskan hidup tanpa dia..Hidup ini perlukan kamu utk meneruskan perjalanannya..
Kamu perlu tabah demi hati kamu sendiri…cubalah........
Sepi..?
Aku mengerti..payahnya berpura2 senyum demi yg lain…apapun kamu sedar..masih ada jiwa yg lain perlu kamu jagai..jiwa yg mengambil berat tentang kamu..jgn gentar bila hati x tertanggung kehibaan yg dirasai..kita insan biasa..tiada apa yg perlu dimalukan jika menangisi apa yg terjadi..Cuma..jgn hilangkan siapa kamu yg sebenar…kesepian akan semakin pudar daripada membayangi diri kamu sedikit demi sedikit..
Cemburu..?tipu jika tiada rasa cemburu bila melihat pasangan yg lain…kenangan yg ada…semuanya seolah2 menghukum kita…kerana mencintai seseorang…(tidak…)itu bukan hukuman utk melemahkan..itulah kekuatan yg diberikan utk kita..kemanisan tidak akan kekal..namun rasanya tetap akan diingati..rasa itulah hadiah utk kita…hadiah yg membuktikan kita berani menjalinkan suatu perkara yg luarbiasa..(cinta..) tiada beza kamu dgn pasangan itu sahabatku…kita sama saja..kita bertemu...dan kita dipisahkan...aku yakin kamu faham maksud ku ini...ingat..
Ahad, 10 Februari 2008
‘Ada Rahsia Dalam hati...’
Kisah aku semakin panjang..kini sudah 20 thn aku menjalani pelbagai dugaan dan nikmat yg dikurniakan Illahi utk aku...walaupun perit..aku sedar..tanpa itu semua..aku x mungkin bertambah yakin dan tabah menghadapi cabaran di dunia ni..
Sekarang..aku melihat diri aku kembali..memperbaiki kelemahan yg menjadikan aku mudah di perdaya..aku semakin jauh meninggalkan kenangan yg aku fikir itulah impian aku..(memiliki seseorang yg aku kasihi..)
Aku yakin..aku juga tak terlepas dikurniakan mempunyai pasangan hidup..aku yakin sgt... (cuma..) aku x pasti bagaimana agaknya orgnya..hmm..bila kami akan bertemu..kalau dah bertemu..bila aku akan sedar dia utk aku...aku pernah bermimpi tentang seseorang yg aku kenal..seseorang yg mencuri pandangan mata aku..(huh kami jarang bertegur..)hanya tersenyum dan membantu antara satu sama lain..(mata dia..) aku x dpt lari dari memandangnya...sinarnya seolah2 menangkap hati aku..
Gurauan dia...walaupun ringkas dan biasa bagi org lain..bagi aku..ianya sesuatu yg menyenangkan hati aku..(luarbiasa...)dia amat luarbiasa...(caranya mendekati aku seolah2 dia boleh mendengar suara hati aku..) setiap kali aku memerlukan sesuatu dia sentiasa muncul utk membantu..namun kami masih tidak bersuara antara satu sama lain…hai..masih gugup utk memanggil nama kami sendiri..(pelik kan..?huuhhuu..)
Kalau kau ditakdirkan utk aku..ingin aku sampaikan..
‘walau sejauh mana kau terbang..menjauhi aku....kau pasti akan kembali pada aku...dgn apa cara sekalipun..kita pasti akan bersama (begitu juga dgn aku..)walau seramai mana yg memikat hati ini..ia xkan terbuka tanpa kunci yg benar2 utk ku..’
Rabu, 16 Januari 2008
Segala-galanya mungkin..
Betapa kuatnya kita diuji..bertahan sebaik mungkin..namun kita masih gagal kecapi apa yg kita impikan..dicintai seadanya..hmm..inilah jodoh....kita x bole menafikan..jodoh dan takdir memainkan peranan yg penting dalam dunia percintaan...walau seteguh mana kita bertahan..kalau sudah ditakdirkan kecundang..kecundang jgak akhirnya..
Secara realiti aku x pernah melihat dan mengerti apa itu cinta sejati..aku yakin..lain org lain pandangan nya..betul kan..huu??siapa yg tidak mahukan cinta sejati..(cinta yg ada 1 dlm sjuta..) xpe..walaupun kita tidak tergolong dlm kisah tu..namun kita jgn lupa..kita juga memiliki kelebihan yg lain tau..hmm..kelebihan yg Esa kurniakan terhadap setiap satu antara kita..ermm..itu tanya dan cermin diri sendiri la..klau ditanya aku tentang apa yg istimewanya kamu tu..jujurnya aku akan jwb..heheh sebab dpt kwn seperti aku huhuhu,p xdela..aku gurau je..heee..kalau aku ditanya begitu..aku hanya akan tersenyum je..kenapa aku tersenyum..??hai.. itu menandakan aku x tau la..lagipun..kelebihan yg ada pada kita bukan sesuatu y dpt dinilai dgn mata kasar..fhm..?
Em...bagi aku..biarpun siapa kita..apa yg org kata tentang kita..aku percaya..setiap insan..berhak memiliki cinta yg luarbiasa..berhak hidup dgn bahagia..berhak untuk dikasihi tanpa dinilai kekuatannya..dan..berhak menerima kebaikkan tanpa dipeduli berapa banyak kebaikkan yg telah kita berikan..,p
Hmm..kata ayah aku..jika aku ingin dilayan dan disayangi oleh insan lain..aku kena tabah menerima keburukkan dgn membalas kebaikkan yg x terhingga walaupun aku tahu..usaha aku sia2..aku perlu menghormati walaupun aku tau..dalam diam aku dicaci..aku perlu membantu..walaupun aku tau..aku xkan terima sebarang balasan ataupun penghargaan yg setimpal dgnnya..hmm..bertanggungjawab..itulah yg ayah aku pesan pada aku..bertanggungjawab terhadap hidup kita..dan juga org lain..walaupun tiada siapa pun yg nampak..namun yg diatas sana..melihat segala2nya..yg penting..kita tau..apa yg baik dan apa yg tidak dalam kehidupan kita ni..
Walaupun akhirnya kecewa..kita x bole putus asa mengejar dan mencari impian kita walaupun sesaat. pun..(mana kita taukan..apa yg terjadi nanti..)
Maka...sementara masih ada sidia dlm hidup kita..tidakkah kamu terfikir..dia berhak memiliki dan berkongsi kebahagiaan yg ingin kamu rasai sekarang..?tidakkah dia juga seperti kamu..yg inginkan dirinya dilayan lebih dari biasa..??tidakkah dia juga ingin dicintai seadanya oleh diri kamu..smentara dia masih miliki hati kamu..(sebelum kamu dipisahkan darinya..) tidakkah dia juga merasa keraguan yg kamu rasai bila bersama2 dgnnya..?hmm..smentara kamu meikirkan tentang itu..aku yakin..mesti terdetik dlm hati kamu tu..apakah kamu layak dicintai sebegitu banyak oleh sidia..?(atoyhlaa..,p)
Jgn risau...dia dan kamu miliki hati yg hampir serupa namun berlainan jantina je...cinta seorang lelaki dan cinta seorang wanita memang berlainan sama sekali...antara kelembutan dan kekasaran..antara tangisan dan keteguhan.. antara lelaki dan wanita..antara kamu dan dia...ia satu padanan yg istimewa dari awal lagi..(tak ke kamu rasa begitu..?)bukankah setiap kita memilki kelebihan dan kekurangan masing2..?apa yg perlu difikirkan lagi..?sementara masih ada..tidakkah kamu dan dia..berhak sama sekali merasai..kebahagiaan tanpa dinilai oleh apa2 pun..
Yg penting..kamu tahu dan sedar..hidup hanya sementara..tiada yg kekal utk selama2nya...kita x mungkin dapat lari dari masalah..dan x dpt nafikan kesilapan yg mungkin berlaku..jika kita pasrah dan redha..serta diiringi dgn doa dan usaha yg bersungguh2..tiada apa yg perlu kamu takutkan..aku sendiri mengerti..kadang2..kita lumpuh ditengah jalan..kita leka..angkuh dan bongkak.. ..bila menghampiri sesuatu yg didambakan..(hmm..tewas dgn keadaan..)
Walaupun..kita salah memilih jln dan silap membuat keputusan..usahlah malu untuk memohon maaf pada dia..(walaupun org lain sekalipun..) pohonla kemaafan tanpa rasa khuatir sama ada kita dimaafkan ataupun tidak..yg penting..kamu tahu mengaku kesilapan kamu dan ingin memperbaiki kelemahan yg ada..betulkan??lagipun.. memohon maaf adalah suatu tindakan yg amat berani tau..(berani mengaku yg diri kita ni salah..)memohon kemaafan dam memaafkan..hmm..suatu perkara yg hampir hilang dlm amalan pasangan kekasih pada zmn skrg ni..ntahla kenapa jadi mcm tu..,)
Biarlah..apa yg aku cuba sampaikan..walau apapun kesudahannya...kamu dan dia berhak melakarkan kisah yg menarik..sayang yg mempesona..dan...kenangan yg membangunkan kamu dari tidur...maksud aku..kenangan yg mengajar kamu untuk jadi lebih baik...kenangan yg mebisikkan pada kamu untuk melangkah lebih jauh...kenangan yg mengusik jiwamu untuk menghargai apa yg bakal kamu miliki nanti...
Kalau itu bukan dikatakan istimewa dlm hidup kamu..apalagi..??biarpun sementara..biarpun mengecewakan..setiap kisah yg kamu miliki...ianya istimewa kerana itulah yg mengajar kamu apa itu kehidupan sayang...
Suatu yg tak di mengerti namun dpt dirasai...itula kamu..dan itu jugala dia..
Biarpun sementara.. kamu berhak dikasihi..(jgn sesekali putus asa untuk mempercayainya..)
Sayang pun perlu dikecapi bukan untuk sekadar dimiliki..
Faham..huhuhu,p
Isnin, 31 Disember 2007
Apa yang ku rasakan kini..
Apa yg membuatkan hati ni rasa gusar..?Adakah apa yg aku rasakan ini sama seperti yg lain juga..?Apa yg perlu dilakukan..?Menyayangi..di sayangi..hai pening jgak bila difikirkan..Menyayangi dan disayangi dlm hidup ni..penting utk ketenteraman hati..(slain dari yg Esa kan..)adam perlu bertemu dgn hawa..hawa pulak menangis bila tiada adam disisi taw hehe..(lelaki dan wanita la..)
Ada yg menyayangi tapi sayang nya tak terbalas malah di biarkan terpendam kerana takut sayangnya di balas bukan seperti yg diinginkan..hmm..sedih kan klu mcm tu,p.Ada juga di antara kita yg menyayangi sesuatu yg tiada di depan mata..malah x mengenali pun siapa yg disayangi ni..hmm..gila ke dia kalau berfikiran mcm tu??huhuhu..bagi aku x..ehem..ada sebab mengapa..(rahsia,p) Bukan senang utk kita menyayangi dan disayangi oleh seseorang..
Bagi aku kan..
Demi mengejar kebahagiaan seperti tu..x perlu la mengubah siapa kita yg sbenar..dan aku rasa..Si dia pun x perlu berselindung tentang siapa dirinya yg sebenar ..hmm..tapi ramai antara kita yg mengubah segala2nya sampai leka dgn apa yg ada dihatinya..mcm kita berpura2 baik dgn majikan kita huhu sebab takut dilupakan kewujudan kita didalam syarikat tu..kira membodek demi kebaikkan la..heh.perlu jgak dlm hidup ni..lagipun hidup kita skrg ni penuh dgn kepalsuan btul x?hehehe..,p ok sambung cerita kita k..bila da jadi mcm tu..Kita menjadi yg lain..jauh dgn diri sendiri..rasa asing dgn sikap dan pendirian yg telah lama di bina spjg hidup ini..
Sekarang..bahagiake kita bila merasa kosong dgn diri sendiri?Walaupun kita dpt apa yg kita kehendaki..tapi bahagiake menipu diri sendiri?Kenapa jadi mcm tu...?kenapa perlu hipokrit dgn hati ni...?Bahagia ke dia jika aku x pernah buat dia menangis..setia ke dia jika aku x pernah buat dia marah..sayangke dia sekiranya aku kemaskan tempat tidurnya setiap hari..menyediakan mkn dan minumnya mengikut waktu..Mengingatkan dia utk melakukan kebaikkan selalu..Ingatke dia..terpahat ke aku di dlm dirinya..?Kasihke dia jika aku gigih bekerja siang dan malam demi mendptkan pendapatan yg baik utk hidup yg lebih selesa..?Berbaloike aku menjadi kekasih yg tiada kekurangan..menjadi sesempurna yg mungkin demi membahagiakan
Keluhan..tangisan..yg didalam ni mcm mana?
Apa yg ada di hati ni..dgr x die cuba melepaskan diri dari semua kepalsuan..keegoan..?demi disayangi kita lupa dgn siapa yg dicintai oleh nya nanti..diri kita atau kepura-puraan kita..dengan siapa agaknya..?siapa yg menang..jasad atau bayang..?Kita x perlu menjadi sempurna setiap masa..jika pasangan kita inginkan kesempurnaan..bisikkan pd dia..heh x penat ke??x takut..?siapa yg akan hati ini kasihi..diri kamu atau keegoaan yg ada dlm diri kamu..heheh berani ke mengatakan sejujurnya dgn si dia..?yeke berani..,p
Kenapa perlu takut...siapa yg tahu apa yg bakal terjadi esok..jika dia mengasihi atau mencintai setulus hatinya..dia xkan takut menerima keburukkan yg ada pada diri kita..Sama ke fikiran lelaki dan juga wanita..?aku x tau bagaimana utk menilai tapi aku fhm..naluri wanita lebih menjiwai tentang suatu
Mungkin dia kelihatan membosankan..penyibuk..sentiasa tersenyum dari pagi hingga mlm,kelihatan tabah selalu..gedik..(ohoho..)biar apapun yg dilihat...namun apa yg tersirat dihatinya..hmm sukar diketahui..Rahsia hati seorang wanita amat dlm bagaikan kapal yg karam dilautan pasifik tau..lain yg kita nampak lain yg dia fikir...satu yg kita beri..seribu yg bermain difikirannya..heheh..gunakanla akal..utk memikirkan kenapa dia mcm tu..?Hanya utk disayangi dan menyayangi...dia jadi lain dari jiwanya..bila diri inginkan kesempurnaan..hmm..jelas dan nyata kecacatannya..namun jika dia tahu..yg dia x perlu jadi seseorang yg lain..dia x perlu berpura2 tabah jika dirinya terasa amat lemah..x perlu menjadi gagah bila diri terasa gugup...apa yg akan jadi..?apa yg akan kita rasai..?huhuhu x salah jujur ngan diri sendiri..apa yg akan terjadi..itu bukan kelebihan kita utk mengetahuinya..cuba selagi terdaya..mungkin itu lebih baik..
Biarla bahagia yg sekejap asalkan bermakna daripada..bahagia yg berlanjutan namun kita lupa apa yg menjadikannya bahagia..betul x..?
Sabtu, 29 Disember 2007
12 tanda kamu telah jatuh cinta
- Kamu membaca SMS si dia berkali-kali.
- Kamu berjalan dengan sangat perlahan ketika keluar dengan si dia.
- Kamu mula berasa malu ketika bertentang mata dengan si dia.
- Jantung kamu berdenyut dengan laju sekali apabila sedang memikirkan tentang dia.
- Kamu mula tersenyum sendirian terutama apabila sedang mendengar si dia bercakap.
- Kamu seakan-akan tidak perasan ada orang di sekeliling kamu kerana asyik memandang si dia.
- Kamu sudah mula mendengar lagu-lagu cinta yg berentak perlahan dan romantik.
- Dia sering berada dalam fikiran kamu walaupun kamu sedang memikirkan perkara lain.
- Kamu menjadi semakin tidak keruan apabila tercium bau wangian badannya.
- Kamu selalu tersenyum sendirian ketika memikirkan tentang si dia.
- Kamu sanggup melakukan apa sahaja demi si dia.
- KETIKA MEMBACA TIPS INI, HANYA ADA SEORANG SAHAJA YG SEDANG BERMAIN DI FIKIRAN KAMU IAITU SI DIA IDAMANMU ITU..!
Selasa, 25 Disember 2007
Cinta bagi Rembulan
Apa yg aku faham tentang cinta..??hai..'ntahla..' hmm..itu je yg mampu aku jwb pada org yg bertanya
haha..maafkan aku ye..sememangnya aku sendiri pun masih kekok bila disoal tentang cinta ni..
Meskipun aku pernah bersama seseorang yg aku kasihi..tapi sampai skrg aku masih x mengerti apa itu sayang..kasih..rindu..hmm..apatah lagi cinta..
Ini pandangan dari hati dan pandangan otakku tentang cinta..
(apa yg aku fhm..hehehe)
@si dia x perlu ada persamaan dgn kita yg penting serasi..
@si dia x perlu membandingkan kelebihan org lain dgn dirinya..yg penting menghargai..
@dia x pernah takut utk berduka bila bersama..sebab dia percaya..
@walaupun bertengkar atau menyakitkan hati..dia mesti tahu bagaimana untuk memujuk..
@setiap kali dia rasa bersalah..dia sentiasa tahu bagaimana utk memohon maaf..
@bila rindu..aku x reti bagaimana utk katakannya..namun dia tahu bahawa aku rindukan dia..
@antara aku dan dia..saling kekurangan dan saling melengkapi..
@x takut bersuara utk menyatakan apa yg benar..dan apa yg salah..
@x gentar utk berpisah walau seketika pun..sb..dlm hati ni.. dia percaya yg pertemuan aku dgn dia sgt
istimewa..lagipun kalau da jodoh xkan kemana kan..?
betul..kalau da jodoh xkan kemana..lambat atau cepat..itu semua ketentuanNya..
erm bila da bertemu dgn seseorang yg kita rasa istimewa dlm hidup ni..jgn pula takut utk bercinta atau disakiti plak...
sebab...apa yg kite temui..itu semua utk menguji dan membentuk siapa kita di masa akan dtg nanti..
Bila kita bersabar dan redha dgn dugaan yg mendatang...percayalah..kita akan lebih jelas dgn warna yg ada dlm kehidupan di dunia ni.. Waktu tu..kita akan sedar..mimpi x selamanya indah..yg buruk itu la yg sebenarnya mengajar kita erti kehidupan..
Macam sebuah kertas yg kosong..kita akan rasa bosan bila x diwarnai dgn warna2 yg gelap,garang atau lembut..biasanya imej yg memukau sentiasa menggabungkan warna2 yg lembut dgn warna yg garang atau pun gelap..
Disaat2 kita menjalani keriangan dan kesenangan hati..kita akan lebih teguh jika merasai kepayahan..kesakitan..kekecewaan..dan kehibaan...waktu tu kita akan rasa lebih yakin..dan bersemangat utk memperbaiki apa yg lemah..apa yg aku fhm tentang cinta..?bagi aku..suatu yg luarbiasa x mampu dijelaskan dan sukar difahami..terjadi dlm hidup kita berkali-kali..tapi hanya satu yg pasti..hmm ntahla.. apa yg aku fhm tentang cinta..?erm..kamu fhmke..?huhuhu,D